Advertising
Romel Morales Sedia Penuhi Tuntutan Kim Pan-gon Demi Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Pemain naturalisasi baharu negara, Romel Morales teruja untuk membantu Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Qatar tidak lama lagi.

Pemain berusia 26 tahun itu berada dalam senarai 26 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya dan sudah pun membuat kemunculan semasa hari pertama latihan.

Beliau kelihatan begitu bersemangat untuk membantu Malaysia bersama rakan sepasukan dan melakukan persediaan rapi sebelum berlepas ke Qatar.

Ad

Menerusi satu temu bual sebelum latihan hari kedua bermula, pemain kelahiran Colombia ini tetap optimis untuk membantu Harimau Malaya memberikan aksi terbaik di atas padang.

Ad

“6 tahun lalu saya tiba di Malaysia dan tidak sangka akan berada di sini. Ini merupakan cabaran yang baru dalam karier saya.”

“Ya betul sejak tahun kebelakangan ini saya telah beberapa posisi. Saya sedia untuk beraksi pada mana-mana posisi tak kira sama ada penyerang, pemain sayap atau no.10, saya akan berikan yang terbaik buat Malaysia.”

Ad
Ad

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon berharap agar kehadiran Romel ke dalam pasukan dapat memberi nilai tambah kepada jentera serangan pasukan.

Malaysia akan bertemu pasukan ke-91 dunia, Syria pada 8 Januari 2024 sementara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mencari satu lagi pasukan sebagai lawan di Piala Asia awal bulan hadapan.

@fariszukeiman

Romel Morales sedia berkorban apa sahaja untuk kejayaan Malaysia.🐯 Follow: @MakanBola #MakanBola #Malaysia #RomelMorales #KimPanGon #PialaAsia

♬ original sound – faris.z – faris.z

Skuad kebangsaan ketika ini menghuni tangga ke-130 dunia dengan 1122 mata, naik 7 tangga hasil dua kemenangan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari.