Penangan Romelu Lukaku Bentuk Farizal Marlias Hari Ini
Blog
Advertisements

Kelibat kapten dan penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammad Farizal bin Marlias ketika perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Chelsea pada tahun 2013 kembali tular dan mencuri perhatian penyokong bola sepak tanah air di media sosial.

Ini berikutan aksi Farizal yang cuba menyelamatkan bola rembatan Lukaku diselitkan dalam video pengumuman Romelu Lukaku kembali ke Chelsea. 

Romelu Lukaku akhirnya secara rasmi berpindah ke Chelsea dari Inter Milan dengan perpindahan yang dianggarkan bernilai £97.5 juta (RM567 juta). Lukaku yang dulu pernah disambar Chelsea pada tahun 2011 kini kembali semula ke Stamford Bridge untuk mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2021/2022. 

Advertisements

Mohammad Farizal bin Marlias sebelum ini menjadi penjaga gol taruhan K. Rajagopal yang membimbing skuad negara ketika itu. Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 21 Julai 2013 itu berkesudahan Malaysia tewas ke atas Chelsea 4-1. 

Farizal yang kini sudah mencecah usia 35 tahun diakui masih tangkas dalam mengawal gawang gol. Beliau beraksi dengan cemerlang bersama kelabnya Johor Darul Ta’zim. JDT kini mencetak sebanyak 11 ‘clean sheet’ dan sepuluh daripada sebelas rekod bersih ini disumbang oleh Farizal Marlias manakala satu lagi datang daripada Haziq Nadzli. 

Berikutan video yang tular itu, para peminat bola sepak tempatan menganggap Farizal berada pada kelas tersendiri dan menganggap Farizal berada pada taraf-taraf eropah. “Malaysia dimata dunia”, kata Tajol Ariffin.

Advertisements

Pengalaman yang dimiliki Farizal jelas menjadikan beliau sebagai penjaga gol terbaik negara ketika ini. Masih beraksi dengan cemerlang dan sentiasa disiplin ketika mengawal gawang. Peribadi dan karakter anak jati kelahiran Maran, Pahang ini masih ditagih sebagai penjaga gol utama ketika perlawanan-perlawanan membabitkan skuad negara hingga kini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram