Ronaldo Berpeluang Terima Medal Piala Carabao Dari Manchester United
Eropah
Manchester United
Advertisements

Awal pagi Isnin lepas, Manchester United menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan memenangi Piala Carabao. Menariknya, legenda Portugal, Cristiano Ronaldo juga berpeluang menerima pingat kejohanan tersebut daripada kelab berkenaan.

Sebelum meninggalkan kelab pada pertengahan November lepas, Ronaldo dilihat tidak sebulu dengan pengurus Erik Ten Hag. Walaupun dijadikan sebagai pemain simpanan, bekas penyerang Real Madrid itu tidak pernah diturunkan dalam semua enam perlawanan Piala Carabao.

Tetapi Ronaldo yang kini bersama Al-Nassr boleh menerima pingat piala berkenaan sekiranya United bersedia memberi pingat kepadanya. Ini kerana berdasarkan peraturan 20.2 EFL yang menyatakan kelab boleh meminta pingat tambahan daripada jawatankuasa penganjur tetapi kos mestilah ditanggung oleh kelab berkenaan.

Advertisements

Disebabkan Red Devils menerima 27 pingat untuk semua pemain yang terlibat dalam Piala Carabao, sudah pasti ada lebihan pingat yang boleh diberi kepada Ronaldo.

Tetapi dari satu segi, agak sukar untuk ia direalisasikan lebih-lebih lagi selepas mengeluarkan kritikan pedas terhadap kelab dan Ten Hag dalam temubual eksklusif bersama Piers Morgan.

Temubual kontroversi itu membuka jalan kepada Ronaldo meninggalkan kelab secara persetujuan bersama sebelum menyertai Al-Nassr pada Januari lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram