Ronaldo Ingin Tinggalkan Manchester United
Dunia
Manchester Evening News
Advertisements

Cristiano Ronaldo menyatakan ingin meninggalkan Manchester United untuk mengekalkan aksinya dalam saingan tertinggi Eropah, Liga Juara-juara UEFA.

Menerusi satu ciapan wartawan Itali, Fabrizio Romano, Ronaldo dikhabarkan bakal meninggalkan United musim panas ini.

“Cristiano Ronaldo memaklumkan kepada Manchester United, beliau ingin meninggalkan (Manchester United) musim panas ini untuk beraksi di tahap tertinggi.

Advertisements

“Manchester United berharap dapat mengekalkan CR7 namun sedia maklum tentang keputusan (Ronaldo).

“Cristiano masih belum ada sebarang persetujuan dengan mana-mana kelab. Mendes sedang meneliti pilihan yang ada beberapa minggu ini dan ianya akan berterusan,” jelas Fabrizio Romano di Twitter.

Sejak Ronaldo kembali ke United musim lalu, Ronaldo berjaya menjaringkan 18 gol dalam 30 penampilan dan aksinya dalam saingan Liga Juara-juara UEFA amat penting buat pemain berumur 37 tahun ini atas faktor komersial dan umurnya yang menghampiri angka 40 tahun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram