Rozaimi Rahman Dilantik Sebagai Panel Pencarian Bakat Sabah FC
Dunia
Jelani Hamdan
Advertisements

Hasrat Rozaimi Rahman untuk kembali berbakti di Sabah FC akhirnya tertunai selepas beliau dilantik sebagai Penolong Ketua Panel Pemilih & Pencari Bakat ( Assistant Chief Of Talent Scouting ) Sabah FC.

Selain itu beliau turut dilantik sebagai Ikon & Duta Puruvan TV, syarikat penyiaran yang bekerjasama dengan pihak Sabah FC sebelum ini.

Menurut hantaran Jelani Hamdan, perlantikan Rozaimi ini tidak hanya tertumpu kepada membimbing bakat-bakat baru di Sabah, malah beliau turut berpeluang untuk menyertai skuad Sabah FC jika sudah mencapai tahap kecergasan yang diperlukan.

Advertisements

Rozaimi Rahman sebelum ini menawarkan dirinya untuk kembali bersama Sabah kerana perasaan cintanya kepada tempat kelahiran pemain berumur 29 tahun kelahiran Bongawan tersebut.

Walaupun tidak beraksi bersama mana-mana pasukan sebelum ini, beliau masih mengekalkan tahap kecergesannya sebagai persediaan sekiranya menerima tawaran beraksi bersama mana-mana pasukan.

Foto Jelani Bin Hamdan

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram