Ryan Lambert Sudi Sarung Jersi Kebangsaan
Dunia
KL CITY FOOTBALL
Advertisements

Menurut satu hantaran di laman Twitter, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa pemain kacukan Malaysia-Australia, Ryan Edward Lambert akui sedia mewakili negara jika dipanggil jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe.

Ryan juga menyatakan kesudian dan sentiasa mempersiapkan diri jika dipanggil beraksi bersama pasukan kebangsaan pada saingan Piala AFF Disember kelak.

Persembahan cemerlang pemain tengah Kuala Lumpur City ini sentiasa menjadi bualan peminat bola sepak tempatan. Sudah tentu ramai dalam kalangan penyokong KL City merasakan bahawa Ryan mampu untuk menyarung jersi kebangsaan ekoran prestasi memukau pemain itu ketika ini.

Advertisements

Pemain muda yang berusia 23 tahun itu berjaya mencipta gandingan berbisa bersama ketua pasukan, Paulo Josue dan Akram Mahinan di bahagian tengah KL City FC. Aksi Ryan ketika membantu pasukannya menang keatas Selangor FC dalam perlawanan semalam dilihat sebagai satu isyarat bahawa beliau juga layak untuk diberikan peluang.

Kredibiliti yang ada pada pemain kacukan ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin Harimau Malaya. Ryan memiliki karakter yang sangat tenang ketika mengawal bola di bahagian tengah padang. Jika Ryan tersenarai, ia turut memberi persaingan sihat dalam kalangan pemain bagi merebut slot kesebelasan utama pasukan.

Semoga Ryan Lambert terus cemerlang dan konsisten menampilkan aksi terbaik sekaligus membuka mata jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram