Dunia
ASEAN Football
Advertisements

Sabah yang kini sedang menjalani program pra-musim di Thailand menunjukkan mereka bukan pasukan yang mudah diperkotak-katikkan. Ini selepas skuad Badak yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee tewas 1-0 di tangan kelab Denmark, Odense BK.

Walaupun perlawanan tersebut merupakan perlawanan persahabatan pra-musim, kedua-dua pasukan berusaha keras memburu kemenangan.

Sabah tidak gentar dengan pihak lawan walaupun mereka turut menurunkan bekas penyerang Cardiff City dan West Brom, Kenneth Zohore di bahagian serangan.

Advertisements
Sabah Thailand Odense Boldklub 1 Sabah Beri Saingan Sengit Kepada Gergasi Denmark
Gustav Grubbe meraikan jaringan tunggal kelab dalam perlawanan pra-musim menentang Sabah. Sumber: Odense Boldklub

Odense akhirnya memecah kebuntuan menerusi bek kanan muda mereka, Gustav Grubbe. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Yang pasti, sebaik keputusan perlawanan tersebut disiarkan di halaman ASEAN Football, ramai peminat bola sepak negara merasa bangga dengan usaha yang ditunjukkan skuad Badak.

Selepas ini, OB bakal melawan Nakhon Pathom United pada 7 Februari sebelum mengakhiri pra-musim di Thailand menentang Terengganu pada 12 Februari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram