Sabah FC Ikat Persiba Balikpapan FC
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC mempamerkan aksi yang amat memberangsangkan pada perlawanan hari ini namun terpaksa akur apabila diikat Persiba Balikpapan FC dengan keputusan 0-0.

Pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee mempamerkan kualiti dalam usaha untuk mengekalkan rentak terbaik apabila turun dengan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan ini.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung secara tertutup ini menunjukkan keseimbangan daripada kedua-dua pasukan untuk melancarkan serangan ke arah kubu masing-masing.

Advertisements

Sabah FC sesekali melancarkan serangan dengan gerakan-gerakan menarik untuk

menguji barisan pertahanan Persiba yang cukup tersusun pada perlawanan ini.

Namun begitu, kedua-dua pasukan gagal untuk menembusi gawang gol lawan sekaligus menyaksikan separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 0-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Sabah FC terus menggandakan usaha untuk mendapatkan gol pendahuluan perlawanan namun usaha itu sering dihalang.

Barisan pertahanan pasukan di bawah bayu ini juga memperagakan aksi yang cukup ampuh untuk memastikan pintu gol mereka tidak dibolosi.

Keputusan 0-0 terikat sehingga tamat 90 minit permainan sekaligus memaksa Sabah berpuas hati tidak meraih kemenangan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram