Sabah FC Sambar Penyerang Dari Brazil
Transfer
Sabah FC
Advertisements

Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) mengumumkan kemasukan pemain import terbaharu iaitu Ramon Machado de Macedo dalam jendela perpindahan kedua Liga Super 2023 musim ini.

Pemain kelahiran Brazil ini berusia 32 tahun dan sebelum ini telah beraksi di Liga Azerbaijan bersama pasukan Gabala FC yang kini berada di tangga ke-4 liga. 

Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi di Liga Brazil sejak bermula kariernya sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 2013. 

Advertisements

Untuk rekod bersama Gabala FC, beliau telah beraksi sebanyak 32 perlawanan dan berjaya menjaringkan 8 gol dan 2 bantuan gol bagi musim 22/23 ini. 

Beliau merupakan pemain import yang ketiga berasal dari Brazil yang disambar oleh Sabah selepas Gabriel Peres (Pertahanan), Jailto Paraiba (pemain sayap). 

Dengan kehadiran penyerang tulen, mungkin bakal memberi impak segera selepas pasukan Sabah FC kini tempang tanpa penyerang ekoran kecederaan yang dialami oleh pernyerang utama mereka, Darren Lok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram