“Sabah Tak Pandang Perak Sebelah Mata” – Kim Swee
Piala Malaysia
Sabah FC
Advertisements

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah cabaran Perak FC malam ini.

Sejak dibimbing oleh pengendali interim Yusri Che Lah, Perak telah menunjukkan kemajuan yang bagus. Ini termasuk kejayaan menyingkirkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 pada Ogos lalu.

Ini membuktikan The Bos Gaurus mampu mengancam skuad Badak biarpun memiliki kelebihan beraksi di Stadium Likas. Justeru, Kim Swee mahu anak-anak buahnya perlu sentiasa berwaspada dengan ancaman pelawat malam ini.

Advertisements

“Kalau kita lihat dari segi perlawanan pasukan Perak dan Kedah, di mana mereka mampu menewaskan Kedah di Ipoh dan mendapatkan keputusan di tempat lawan.

“Jadi kita tak boleh memandang rendah (pasukan Perak) selepas Yusri (Che Lah) mengambilalih. Pasukan Perak bertambah baik dan kalau kita lihat dari segi statistik, mereka banyak melakukan perubahan.

Advertisements

“Jadi, saya jangkakan satu perlawanan yang sengit di mana kita tidak boleh terlampau yakin di mana ini akan mengakibatkan kita dikecewakan nanti,” katanya.

Aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menyaksikan Sabah menerima kunjungan Perak di Stadium Likas malam ini. Sebarang kelebihan yang diraih akan dibawa ke aksi suku akhir kedua di Stadium Perak pada 25 September ini bagi menentukan siapa bakal mara ke separuh akhir.

Advertisements

Selain aksi Piala Malaysia, skuad Badak juga bakal bertandang ke Singapura untuk menentang Hougang United dalam aksi Kumpulan H Piala AFC pada 21 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram