Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Selepas cemerlang dalam perlawanan sulung Liga Super, nama Saddil Ramdani menjadi tumpuan para penyokong. Di sebalik pelbagai pujian yang diterima, pemain sayap Sabah itu melihat masih ada ruangnya untuknya menjadi pemain yang lebih baik.

Pada Sabtu lepas, Saddil menjadi dalang utama kemenangan 4-0 Sabah ke atas PDRM dengan dua gol dan satu bantuan gol. Tetapi bagi pemain Indonesia itu, semua pemain menyumbang kepada kejayaan berkenaan.

Justeru, bekas pemain Persela Lamongan itu berharap kecemerlangan sama dapat diulang bila menentang Kelantan United pada Rabu ini di Stadium Likas.

Advertisements

“Syukur kerana permulaan positif buat saya dan pasukan, tetapi ini hanya aksi pertama kerana banyak lagi perlawanan kita bakal hadapi. Dua jaringan yang dilakukan sudah tentu memberikan motivasi dan harap saya mampu kekal berikan yang terbaik kepada pasukan sepanjang musim.

“Sejujurnya saya gembira beraksi dengan barisan penyerang Sabah musim ini apabila adanya pemain seperti Darren Lok yang telah menambahkan kualiti pasukan.

Advertisements

“Bagi perlawanan seterusnya, kami tidak boleh ambil mudah cabaran lawan iaitu Kelantan United kerana semua pasukan ada kualiti tersendiri apabila berada di dalam Liga Super.

“Apa yang penting, jangan sia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan cuba meraih tiga mata pada tiap perlawanan bagi meletakkan kami dalam posisi yang selesa di liga,” katanya.

Advertisements

Ketika ini, Saddil berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan kapten KL City, Paulo Josue. Tetapi itu boleh saja berubah sekiranya pemain sayap Indonesia itu dapat menambah jaringan dalam perlawanan menentang Kelantan United.

Saddil yang pernah beraksi bersama Sri Pahang turut mendedahkan sebab nombor 67 dipilih sebagai nombor jersinya. Ini kerana nombor tersebut mengingatkannya kepada ibu yang tercinta.

Advertisements
Saddil Ramdani Sabah FC 1 Saddil Enggan Hanyut Dibuai Pujian
Nombor 67 amat istimewa buat Saddil. Sumber: Sabah FC

“Ibu saya dilahirkan pada tahun 1967 dan itu sebabnya saya mengambil nombor 67 itu sebagai nombor jersi saya di Sabah, perkara ini juga telah direstui ibu apabila saya telah memohon kebenaran daripada beliau.

“Mungkin ramai berasa hairan mengapa saya memilih nombor ini tetapi saya bangga kerana ini menunjukkan rasa hormat serta bukti, perasaan sayang kepada ibu. Saya harap pemilihan nombor 67 ini akan berikan tuah kepada karier saya sepanjang di Sabah terutama pada musim ini,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram