Saddil Mohon Maaf Kepada Rakyat Indonesia
Dunia
Sabah football club
Advertisements

Pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani memohon maaf kepada rakyat Indonesia kerana tidak meneruskan kariernya ke Eropah. 

Beliau akui sudah berbincang dengan keluarganya berkenaan perkara ini dan memutuskan untuk terus kekal di Negeri Dibawah Bayu. 

Perkara ini dikongsikan oleh Saddil sendiri dalam hantaran di Instagram miliknya semalam. 

Advertisements

“Alhamdullilah, terima kasih Allah swt masih dikurniakan rezeki yang panjang umur yang patut saya syukuri.

“Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi kerana segala keputusan keluarga saya terutama ibu saya telah menyokong penuh saya bersetuju untuk tinggal di Sabah, saya harap apa yang saya perjuangkan di sini dapat dicapai bersama Sabah FC.

Advertisements

“Pada mulanya saya berharap saya akan belajar semula di Eropah kerana ingin memperbaiki diri, tetapi saya rasa sekarang ini amat sukar dan tidak dapat kerana banyak faktor yang perlu saya pertimbangkan untuk kebaikan keluarga saya sendiri. 

“Sejujurnya, ramai yang menyokong saya juga untuk Eropah terutama coach @kurniawanqana dan @4ngga1508 bapa angkat saya sendiri, dan sudah tentu rakyat Indonesia mengucapkan terima kasih terlebih dahulu,

Advertisements

“Saya mohon maaf yang sebesar-besarnya, mungkin ini mengecewakan anda semua yang sentiasa menyokong saya, menyokong saya untuk bermain di luar negara tetapi sekali lagi sukar bagi saya kerana keluarga saya masih agak ragu-ragu dan tidak bersedia untuk saya meneruskan kerjaya hanya untuk mementingkan diri sendiri.

Pemain berusia 24 tahun ini tidak mahu mementingkan diri sendiri untuk mencapai cita-citanya. 

Advertisements

Beliau turut berharap keputusanya ini bakal menjamin masa depan yang lebih bermakna bersama keluarga. 

“Saya harap apa sahaja keputusan saya bersama keluarga adalah yang terbaik untuk masa hadapan.

“Saya harap semua rakan-rakan saya yang menyokong saya sehingga kini tidak pernah bosan dan menyokong saya di mana sahaja saya bermain, kerana sokongan, dorongan dan doa anda, saya dapat membahagiakan ibu dan keluarga saya sehingga saat ini.

Sebelum ini, Saddil dikatakan menerima tawaran lumayan daripada kelab eropah, Dinamo Minsk dimana beliau dikhabarkan bakal menyertai pasukan itu pada musim 2023.

Saddil terpaksa melepaskan peluangnya untuk beraksi di Uefa Conference League.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram