Saddil Ramdani Berdepan Tindakan Tatatertib Di Sabah
Dunia
PSSI / Sabah FC
Advertisements

Pemain Sabah FC yang juga merupakan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani bakal berdepan tindakan tatatertib selepas pemain berusia 23 tahun gagal melapor diri pada tarikh yang sepatutnya.

Saddil dilepaskan pasukan Sabah untuk mewakili pasukan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di mana Indonesia layak secara merit ke kejohanan berprestij Asia itu.

Jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan bahawa Saddil sepatutnya perlu melapor diri kepada pasukan Sabah pada 16 Jun iaitu dua hari selepas perlawanan Indonesia menentang Nepal dimana Indonesia menang besar 7-0.

Advertisements

“Saddil sepatutnya melaporkan diri kepada kelab dua hari selepas perlawanan antarabangsa terakhir Indonesia (menentang Nepal). Bagaimanapun, dia masih belum kembali ke Kota Kinabalu,” jelas Datuk Ong Kim Swee kepada NST.

“Kelab mungkin akan mengenakan denda beserta amaran keras. Perkara seperti ini tidak boleh diterima.” tegasnya lagi.

Sebelum ini, penyokong pasukan Indonesia lantang mengkritik tindakan Sabah yang tidak mahu melepaskan Saddil ke kejohanan Sukan Sea namun Sabah akhirnya melepaskan pemain itu ke kejohanan sukan Asia Tenggara itu.

Advertisements

Untuk rekod, Saddil merupakan pemain ‘regular’ di Sabah dan sehingga kini beliau sudah beraksi 9 perlawanan dalam semua kejohanan. Daripada 9 perlawanan yang dilalui, beliau berjaya mencetak dua gol dan menyumbang tiga bantuan gol. Pemain sayap lincah itu juga merupakan pemain utama di dalam skuad kebangsaan Indonesia di bawah kendalian Shin Tae-yong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram