Saddil Ramdani: Kembali Bangkit Demi Penyokong Sabah
Dunia
saddilramdanii
Advertisements

Pemain import The Rhinos, Saddil Ramdani mahu pasukannya kembali bangkit meneruskan perjuangan demi para penyokong Sabah selepas kehilangan mata berharga apabila ditewaskan Selangor FC dalam perlawanan suku akhir Piala FA yang lepas.

Pemain yang berasal dari Indonesia itu menyatakan sebagai pemain pasti kecewa apabila pasukannya tidak layak ke pentas akhir. Namun, apa yang harus dilakukan adalah terus berusaha mengejar misi kelab dalam saingan yang lain.

Beliau juga percaya kepada para pemain yang diberikan tanggungjawab menggalas misi di Petaling Jaya mampu melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh Kim Swee.

Advertisements

“Sewajarnya kita melupakan kekalahan kepada Selangor FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Likas dengan bangkit mencatat keputusan yang baik di Petaling Jaya.

“Ya, sememangnya semua pemain kesal apabila tersingkir dari saingan Piala FA, namun saya percaya kita dapat belajar sesuatu daripada kekalahan tersebut.”

“Perjalanan Sabah dalam saingan Liga Malaysia masih panjang, dan kita harus kembali bangkit tidak hanya demi pasukan ini tetapi juga para penyokong pasukan Sabah FC,” katanya kepada Sukan Sinar.

Advertisements

Untuk rekod, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee kini berjaya mengumpul 25 mata yang mengekori rapat pasukan Johor Darul Ta’zim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram