Saddil Ramdani Terima Tawaran Kelab Eropah
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani dikhabarkan ada menerima tawaran daripada salah sebuah kelab yang berpangkalan di eropah.

Saddil yang kini sedang menikmati musim indah bersama Sabah FC setakat ini telah berjaya membawa pasukan The Rhinos itu berada pada kedudukan terbaik di saingan Liga Super 2022.

Menurut sumber daripada salah sebuah portal Indonesia, Saddil mendapat tawaran daripada sebuah kelab di Liga Belarusia iaitu Dinamo Minsk.

Advertisements

“Dinamo Minsk dari Liga Belarusia ada menawarkan kontrak buat Saddil Ramdani. Tawaran gajinya sangat baik, dan juga kelab itu bakal bermain di UEFA Europa Conference League,” ujar Alex Talpes, ejen Saddil kepada Indosport.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ejen beliau, Saddil dikatakan sudahpun menerima tawaran tersebut, akan tetapi masih perlu menunggu sehingga kontrak beliau bersama Sabah FC ditamatkan.

“Dia (Saddil Ramdani) menerima, tetapi kita harus menunggu hingga 30.11.2022 (kontrak bersama Sabah berakhir),” tambahnya.

Advertisements

Sabah FC di bawah kendalian Ong Kim Swee ketika ini sedang menjadi pencabar hebat kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tatkala berada di tangga kedua liga selepas 10 perlawanan. Setakat 9 penampilan, Saddil berjaya mencetak 2 gol dan 3 assist.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram