Saddil Ramdani Menyanyikan Lagu Negaraku
Dunia
Photo: Youtube / unifi
Advertisements

Dalam perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, tular satu rakaman menunjukkan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani menyanyikan lagu Kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Pemain berumur 22 tahun ini menyertai pasukan Sri Pahang pada tahun 2019 sebelum kembali ke Liga Indonesia setahun kemudian.

Baca juga: Liga Super Lonjak Nilai Pasaran Saddil Ramdani dan Ryuji Utomo

Advertisements

Kini Saddil beraksi cemerlang bersama pasukan Sabah dalam singan Liga Super 2021 selain disifatkan sebagai pemain penting masa hadapan oleh Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto.

Saddil kini telah beraksi dalam 16 perlawanan bersama Sabah FC untuk musim 2021 dan menjaringkan 3 gol bersama pasukan dari kepulauan Borneo terbabit.

Advertisements

Dalam rakaman berdurasi 24 saat ini, Saddil kelihatan bergitu bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia dan ia menerima reaksi positif dari penyokong Sabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram