Saddil Ramdani: Semua Pasukan Mahu Contohi JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain lincah Sabah FC, Saddil Ramdani menzahirkan rasa syukur selepas berjaya membantu pasukan Sabah mengikat Selangor dalam aksi Liga Super pada semalam.

Jaringan cantik yang diledak Saddil telah memastikan Sabah FC mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Beliau turut berterima kasih kepada para penyokong Sabah FC yang hadir memberikan sokongan buat pasukan.

“Alhamdulillah pada malam ini kami berjaya curi satu mata. Kami perlu bersyukur kerana kerja keras kami membuahkan hasil. Intensiti melawan Selangor sebentar tadi juga bagus dan saya berterima kasih kepada penyokong Sabah FC yang sentiasa mendukung pasukan.”

Advertisements

Saddil dalam pada itu ketika ditanya wartawan Harimau Malaya berkaitan perpindahan pemain kacukan Indonesia, Jordi Amat ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Saddil berpendapat mungkin itu merupakan keputusan yang terbaik buat Jordi.

“Menurut saya apapun keputusan yang diambil Jordi Amat mungkin itu adalah yang terbaik buat dia.”

Pemain yang berusia 23 tahun itu turut menganggap pasukan dari selatan tanah air itu memiliki kualiti yang amat baik dan berada dalam kelas tersendiri. Tambahnya lagi, banyak kelab bola sepak di Asean hari ini mahu mencontohi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

“Kita semua tahu bahawa JDT adalah pasukan terbesar di ASEAN, berkualiti dan sangat baik. Semestinya semua pasukan lain ingin mencontohi JDT dan mahu menjadi seperti JDT pada masa akan datang,” ujar Saddil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram