Sadio Mane Layak Jadi Perdana Menteri

Sadia Mane Sadio Mane Layak Jadi Perdana Menteri
@AfricaFactsZone
Aqil Ikhwan @aqil_ikh
12:55pm 23/06/2022

Bekas pemain sayap pasukan Liverpool, Sadio Mane dikhabarkan sedang mengubah kampung asalnya Bambali di Senegal, menjadi sebuah bandar setelah beliau membelanjakan sejumlah besar wang untuk berbakti kepada masyarakat.

Sebelum ini, beliau pernah menderma sejumlah besar wang untuk membantu memperbaiki keadaan kampung terpencil itu, termasuk sejumlah RM23 juta untuk sebuah hospital baharu.

Selain itu, beliau turut menderma sejumlah RM900,000 untuk sebuah sekolah menengah baharu yang akan dibina, Mane dikatakan telah membina stesen minyak dan pejabat pos untuk kemudahan penduduk tempatan.

Perkara ini dikongsikan di laman Twitter @AfricaFactsZone secara terperinci tentang kemurahan hati penyerang Liverpool itu.

Tindakan beliau ini wajar dipuji, walaupun kaya raya tetap ingat asal usulnya. Beliau tidak lupa untuk memberikan semula kepada komunitinya selepas kejayaan yang dimilikinya di Eropah.

Kini Mane dilihat telah bersedia untuk menyertai Bayern Munich pada musim panas ini dengan perjanjian RM163 juta yang dilaporkan dari Liverpool. Beliau akan kembali ke negara asalnya bulan ini untuk mengambil bahagian dalam perlawanan bersama pemain seperti EI Hadji Diouf dan Papiss Cisse.