Ads
Safawi Rasid Anggap Sepak Takraw Buka Jalan Bergelar Pemain Bola Sepak
UltraSukan
Aima/MakanBola

Bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid menyifatkan sukan sepak takraw membuka jalan kepadanya bergelar pemain bola sepak yang dikenali hari ini.

Advertisements

Tidak ramai tahu sebelum dikenali sebagai pemain bola sepak, Safawi sebenarnya aktif sebagai pemain sepak takraw sejak di bangku sekolah.

Advertisements

Pada satu ketika, beliau juga pernah membawa cabaran negeri Terengganu dalam acara sukan berkenaan untuk kejohanan Majlis Sekolah Sukan Malaysia (MSSM).

Advertisements
Advertisements

Semasa berusia 15 tahun, Safawi perlu memilih sama ada meneruskan minat dalam sukan sepak takraw atau beralih kepada sukan bola sepak.

Dorongan keluarga mendorongnya untuk beralih kepada sukan bola sepak. Dan sejak itu, nama Safawi mula sinonim dengan arena bola sepak negara.

Advertisements

“Sebenarnya sebab keluargalah. Sebab arwah bapa saya, dia memang peminat takraw. Dia suruh saya pilih takraw ke (atau) bola masa saya umur 15 tahun.

“Jadi, (ahli) keluarga cakap semua pilih bola. Jadi, lepas itu saya terus main (bola sepak). Daripada pasukan takraw, saya terus ke Sekolah Sukan (Negeri Terengganu) di Bukit Nenas,” katanya kepada Nadi Arena.

Meskipun memilih sukan bola sepak, sepak takraw tetap berada di hati bekas pemain Ratchaburi itu.

Malah, kapten Terengganu FC itu turut menyifatkan teknik sukan berkenaan membantunya menjaringkan gol cantik buat Harimau Malaya semasa menentang Kepulauan Solomon pada Jun 2023.

Advertisements

Musim 2024/25 menyaksikan Safawi sudah merekodkan tujuh gol daripada 14 penampilan dalam semua kejohanan untuk Terengganu. Beliau turut membantu Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka 2024 baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram