Safawi Rasid Disebut-Sebut Pengganti Shahrel Fikri
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Semua sedia maklum Harimau Malaya berdepan dilema siapa bakal mengisi kekosongan di slot penyerang tengah. Dengan penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri dilaporkan tidak cergas, Kim Pan-gon dikatakan bersedia mempertaruhkan Safawi Rasid untuk beraksi sebagai ‘false 9’.

Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau sesi latihan Harimau Malaya petang tadi.

Malah, dalam sidang media pra-perlawanan hari ini, Pan-gon juga tidak menolak bereksperimen meletakkan pemain lain mengisi kekosongan di bahagian berkenaan.

Advertisements

“Ini satu peluang yang baik untuk kita bereksperimen dengan pemain lain. Saya rasa teruja sekiranya pemain itu beraksi cemerlang dan kita meraih satu lagi kemenangan.

“Jadi, anda akan lihat perkara itu esok,” katanya dalam sidang media hari ini yang turut disertai oleh bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Matthew Davies.

Biarpun mempunyai pilihan memanggil penyerang JDT FC, Syafiq Ahmad yang berada dalam senarai menunggu, Pan-gon dilihat tidak mahu mendedahkan bekas penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC itu kepada kecederaan.

Advertisements

Ini ditambah dengan Harimau Malaya bakal berdepan satu lagi aksi persahabatan menentang Papua New Guinea pada 20 Jun ini. Selain itu, ini juga peluang Pan-gon menambah elemen kejutan taktikal terutama untuk Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram