Safawi Rasid Jaring Gol Pertama Bersama Ratchaburi Di Thailand
MakanBola
Ratchaburi FC
Sponsors

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol pertamanya di Liga 1 Thailand hari ini.

Beliau sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan oleh Xavi Moro dalam misi menghambat semula kedudukan empat teratas saingan.

Ad

Beliau diletakkan selaku pemain sayap kanan dan membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan di bahagian serangan iaitu Derley dan Sittichok Kanoo.

Ad

Beraksi menentang Chonburi, The Dragons tampil dengan aksi cukup baik dan bertenaga apabila memperoleh gol pertama menerusi percubaan Derley.

Detik terindah buat kapten Harimau Malaya ini hadir seminit sebelum tamat babak pertama apabila serangan balas oleh Sittichok berjaya mendapatkan Jakkapan sebelum rembatannya terbias.

Ad

Safawi bijak menghidu kealpaan jentera pertahanan lawan sempat menghulurkan kepala untuk menanduk bola tersebut menewaskan penjaga gol Chonburi.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Revo Thai League (@thaileague)

Ad

Ratchaburi sedang mendahului saingan dengan keputusan 2-0 sekaligus memberikan motivasi terbaik buat pasukan.