Safawi Rasid: Kalau Nak Kecam, Kecam Semua
Dunia
flashsukan/fam
Advertisements

Susulan kecaman yang dihadapi oleh pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh, ketua pasukan kebanggsaan, Safawi Rasid tampil memberi luahan pendapat mengenai situasi tersebut. 

Beliau berpendapat bahawa Sumareh tidak patut menerima kecaman secara individu kerana sukan bola sepak mewakili satu pasukan. 

“Bagi saya, macam saya cakap mana-mana sukan ada yang dapat kecaman, ada yang dapat pujian.

Advertisements

“Saya rasa Sumareh mampu tangani bahawa dia dikecam. Bagi saya, sebagai salah seorang kapten, saya rasa benda itu tidak patut berlaku kepada Sumareh kerana kita bermain sebagai suatu pasukan.

Tambah Safawi, beliau yakin Sumareh memiliki mental yang kuat untuk hadapi situasi seperti ini dan akan kembali bangkit di masa hadapan.

“Kalau hendak kecam kecaam semua, kalau hendak puji puji semua. Macam Sumareh, dia punya pemikiran positif dan mental yang kuat.

Advertisements

Safawi dalam pada itu merasakan pemilihan pemain kali ini telah memberi impak yang positif terhadap skuad kebanggsaan lebih-lebih dari sudut ranking FIFA.

“Saya rasa panggilan kali ini lebih mengharmonikan pasukan supaya aura itu dibawa ke dalam padang. Saya nampak semua pemain memiliki harmoni yang baik. Sebab itu, kita nampak keputusan yang baik,” kata Safawi dipetik daripada Flash Sukan.

Skuad kebanggsaan telah memperoleh 4.73 pungutan mata ranking FIFA dan dijangka bakal naik 2 anak tangga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram