Malaysia Peroleh 4.73 Pungutan Mata Ranking FIFA, Berpeluang Naik 2 Anak Tangga
Dunia
FIFA
Advertisements

Malaysia menutup tirai kejohanan King’s Cup 2022 dengan penambahan 4.23 mata ranking FIFA selepas menamatkan kejohanan jemputan tersebut sebagai naib juara.

Dalam perlawanan terakhir (perlawanan akhir kejohanan), Malaysia tewas menerusi sepakan penalti bertemu Tajikistan sekaligus memperoleh tambahan 1.16 mata ranking FIFA.

Dalam perlawanan pertama menentang Thailand, Malaysia menang menerusi penentuan sepakan penalti sekaligus memperoleh tambahan mata sebanyak 3.57.

Advertisements

Selepas dua perlawanan ini, Malaysia yang pada asalnya memiliki 1057.59 selepas kemas kini terakhir pada Ogos bakal berada di kedudukan ke-146 dengan 1062.32 mata keseluruhan selepas kemas kini seterusnya pada Oktober ini.

Walaubagaimanapun, peningkatan 2 anak tangga ini akan dipengaruhi perlawanan-perlawanan lain seluruh dunia sehingga Oktober ini.

Jendela kalendar tetingkap FIFA seterusnya akan dibuka pada bulan Mac, 2023 namun Malaysia berpeluang memperbaiki ranking di kejohanan Piala AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram