Ranking FIFA: Malaysia Peroleh 3.57 Mata Tambahan Selepas Tewaskan Thailand
Dunia
FIFA
Advertisements

Kemenangan menerusi sepakan penalti terhadap Thailand membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir King’s Cup 2022 edisi ke-48 sekaligus memberikan penambahan positif buat mata ranking FIFA Malaysia.

Malaysia berjaya memperoleh 3.57 tambahan mata ranking FIFA hasil kemenangan menerusi sepakan penalti terhadap pasukan Thailand.

Malaysia yang pada asalnya berpeluang memperoleh tambahan 6.07 mata terlepas peluang keemasan memungut mata penuh selepas Thailand berjaya menyamakan kedudukan minit terakhir perlawanan pada masa tambahan.

Advertisements

Selepas perlawanan bertemu Thailand ini, Malaysia kini memiliki 1061.16 mata (sebelum adalah 1,057.59  mata)sekaligus naik 1 anak tangga ke kedudukan ke-147 memintas Botswana dari benua Afrika.

Malaysia bakal bertemu Tajikistan pada Ahad ini, 25 September 2022 jam 9.30 malam (waktu Malaysia) bagi menentukan juara King’s Cup 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram