Safawi Rasid Pacu Perjuangan Malaysia Ke Piala Asia
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap pasukan negara, Safawi Rasid kembali menemui sentuhan berbisanya apabila menjadi pencetus kepada permulaan cemerlang Harimau Malaya.

Beliau turun dalam kesebelasan utama menentang Bangladesh dan memainkan peranan selaku pemain tengah menyerang.

Safawi membentuk gandingan yang cukup baik bersama-sama barisan pemain serangan negara yang diketuai oleh Syafiq Ahmad, Faisal Halim dan juga Arif Aiman.

Advertisements

Kemampuan kaki kiri pemain berusia 26 tahun itu jelas menjadi aset terbaik buatnya untuk terus melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan.

Bintang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini memanfaatkan peluang yang diperoleh menerusi sepakan penalti selepas rakan sepasukan, Matthew Davies dikasari oleh pemain Bangladesh.

Anak jati kelahiran Terengganu ini mudah meletakkan pasukan kendalian Kim Pan-gon di hadapan dengan penuh bergaya.

Advertisements

Kemampuan Safawi untuk mencipta pelaung menerusi sepakan penjuru dan juga hantaran-hantaran silang ke bahagian kiri dan kanan gawang sememangnya menjadi penyebab benteng pertahanan anak didik Javier Cabrera tidak senang duduk.

Beliau turut mengekalkan rentak yang baik pada babak kedua permainan sebelum dikeluarkan untuk memberi ruang kepada Nazmi Faiz meneruskan rentak kecemerlangan negara.

Malaysia sah layak ke Piala Asia selepas memungut 6 mata daripada 3 perlawanan sekaligus menjadi naib juara kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram