Safawi Rasid Puji Aksi Bertenaga Harimau Malaya Di Stadium Sultan Ibrahim
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid menjelaskan bahawa beliau cukup berbesar hati melihat aksi yang ditampilkan oleh barisan pemain dalam aksi persahabatan kali ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Kapten Harimau Malaya ini bagaimanapun terlepas peluang untuk membarisi senarai 27 orang pemain apabila Kim Pan-gon memutuskan untuk tidak membawanya.

Dalam satu temubual bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, beliau mengakui tetap berasa cukup bangga dengan perjuangan rakan-rakannya terutamanya ketika membenam cabaran Turkmenistan 1-0.

Advertisements

Malah, pemain sayap Ratchaburi FC ini mengakui peranan besar yang dimainkan oleh Duli Yanh Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam memberi kemudahan terbaik buat Harimau Malaya.

“Saya rasa sangat ‘happy’. Sebelum ini, kita ‘happy’ tetapi kita lebih ‘happy’ sebab datang TMJ bagi stadium, bagi fasiliti terbaik bagi meningkatkan kita punya pemain-pemain beraksi lebih baik.”

“Tengok kita lawan Turkmenistan hari tu, kita main sangat baik kerana kita mempunyai padang yang baik. So, saya rasa bahagia tengok diorang main. Mungkin bukan rezeki saya untuk dipanggil tapi saya masih gembira sebab dapat team yang positif so kita akan teruskanlah,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Malaysia akan menghadapi satu lagi pasukan iaitu Hong Kong apabila kali terakhir Malaysia mencatatkan kemenangan 2-0 hasil jaringan Safawi dan Safiq Rahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram