Safawi Rasid Tamatkan Zaman Bujang
Hiburan
@BolaSepakTRG
Advertisements

Penyerang JDT dan pasukan kebangsaan, Safawi Rasid telah menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hatinya yang juga pelakon Syifa Melvin. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini diadakan di sebuah hotel di ibu negara dengan detik bahagia mereka turut dikongsikan di saluran YouTube The Melvins.

Majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan ini dihadiri oleh 300 orang ahli keluarga dan rakan terdekat. Tema pakaian majlis ialah pakaian berwarna putih, sopan dan menutup aurat. Sementara majlis perkahwinan sebelah pengantin lelaki pula dijangka diadakan pada 3 Disember ini di Dungun, Terengganu selepas kad jemputan Safawi dan Syifa itu tular di laman media sosial.

Ini sekaligus turut menjawab persoalan mengapa Safawi tidak menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama JDT yang menjulang Piala Malaysia 2022 pada Sabtu lepas. Rupanya, penyerang itu diberi perlepasan oleh pengurusan Harimau Selatan bagi melakukan persiapan untuk hari bahagianya itu.

Advertisements

Bagaimanapun, barisan pemain JDT tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Safawi. Ini disebabkan mereka terlibat dalam perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund hari ini. Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada jelajah Asia kelab Bundesliga itu.

Antara tetamu yang hadir ialah barisan jurulatih Harimau Malaya diketuai jurulatih Kim Pan-gon dan jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe. Cheng Hoe yang tiba selepas tamat akad nikah Safawi merupakan jurulatih yang memberi peluang kepadanya beraksi dalam pasukan negara.

Selepas 3 Disember, Safawi dijangka sibuk semula kerana menyertai kem latihan pasukan kebangsaan pada dua hari selepas itu. Ini sebagai persediaan Harimau Malaya menghadapi Piala AFF Mitsubishi Elektrik 2022. Safawi bakal disertai oleh pemain-pemain Selangor yang terlibat dalam final Piala Malaysia 2022.

Advertisements

MakanBola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Safawi Rasid. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram