Safee Sali Anggap Faisal Halim & Akhyar Rashid Setanding Pemain Naturalisasi
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Legenda bola sepak negara, Safee Sali memuji prestasi cemerlang yang ditampilkan dua pemain sayap Harimau Malaya bagi aksi perlawanan persahabatan tempoh hari. 

Memetik kenyataan daripada Bernama, bekas penyerang kebangsaan itu menganggap kualiti yang ada pada Akhyar Rashid dan Faisal Halim kini setanding dengan pemain naturalisasi seperti Paolo Josue dan Endrick Dos Santos. 

Dua pemain sayap Harimau Malaya itu mempamerkan aksi yang cemerlang selepas masing-masing berjaya menjaringkan gol dan juga mencetak bantuan gol dalam dua perlawanan tempoh hari.

Advertisements

Dalam pada itu, Safee Sali turut yakin antara faktor utama kemenangan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan tempoh hari ialah kualiti padang yang terbaik. 

“Sememangnya ada perubahan dari segi persembahan terutamanya serangan dan tekanan di bahagian depan serta keserasian antara pemain juga semakin baik namun apa yang penting keadaan padang baik.

“Jika padang tidak baik, sukar untuk kita bermain. Jadi dengan kelebihan padang yang berkualiti, pasukan kita mampu pergi lebih jauh,” katanya di petik daripada Bernama.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram