Bekas penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali menyatakan bahawa jurulatih baharu, Pan-gon perlu segera memahami budaya bola sepak negara untuk membina pasukan Harimau Malaya yang lebih kuat menghadapi saingan yang akan datang.
Safee Sali menegaskan supaya tidak letakkan target yang tinggi kepada Pan-gon sebaliknya memberi beliau masa untuk melihat corak permainan bola sepak negara buat masa ini.
Sementara itu, bekas penggempur kebanggsaan itu turut menyatakan agak mustahil berlaku perubahan dengan sekelip mata, akan tetapi Safee mengingatkan peminat agar sabar dengan kehadiran jurulatih baharu ini membuat rancangan buat skuad kebangsaan.
“Secara realitinya ramai meletakkan harapan yang tinggi kepada jurulatih baharu (Pan Gon) dan perkara itu akan memberi tekanan kepada barisan kejurulatihan.”
“Untuk mendapat keputusan drastik dengan pelantikkan beliau adalah mustahil untuk satu atau dua bulan. Corak permainan berubah juga tidak akan berlaku dalam masa singkat ini tetapi ia akan ada dan memerlukan masa,” jelasnya.
“Kita kena sabar. Apa yang paling penting, dia perlu cepat memahami budaya dan suasana bola sepak kita,” ujarnya.
“Jangan letak harapan terlalu tinggi. Saya hanya ingin melihat dia cepat menyesuaikan diri dan dapat membentuk pasukan Harimau Malaya yang lebih kuat,” katanya kepada Berita Harian.