Safiq Rahim Idam Tamatkan Karier Gemilang Bersama Harimau Malaya
Dunia
@officialjohor
Advertisements

Pemain paling bernilai Liga Malaysia musim 2015, Safiq Rahim menyatakan bahawa sedia sahut cabaran untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan sebelum akhiri karier profesionalnya.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu menegaskan tentang peluang dan rezeki yang datang jangan dipersiakan sebaliknya menghargai peluang yang ada untuk kembali cemerlang untuk pasukan dan buat dirinya.

Dalam pada itu, Safiq mengakui tidak tahu berapa lama lagi boleh beraksi, jika perlukan, beliau akan menunjukkan komitmen yang terbaik untuk membantu pasukannya.

Advertisements

“Ia seperti hidup kita, apabila kita mendapat rezeki, apabila kita mendapat peluang, kita tidak akan mensia-siakan rezeki atau peluang yang telah diberikan sekali lagi.”

“Saya hanya fikir ia adalah peluang untuk saya bangkit, kembali memberikan yang terbaik untuk pasukan dan terutama buat diri saya,” katanya.

“Saya tidak mahu bercakap berapa tahun lagi saya boleh bermain tetapi selagi saya masih boleh memberikan yang terbaik buat pasukan, komitmen buat pasukan ini, dalam latihan dan perlawanan, selagi itulah saya akan bermain,” jelasnya.

Advertisements

Sebelum melakukan keputusan ini, Safiq juga perlukan sokongan dan restu terutamanya keluarga tercintanya supaya mendapat keberkatan bago mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Saya sedia menyahut cabaran dan insya-Allah, jika diberikan peluang untuk kembali bersama pasukan kebangsaan, saya akan memberikan yang terbaik buat negara sebelum saya mengakhiri penampilan saya sebagai pemain bola sepak,” ujarnya kepada Astro Arena.

“Tetapi saya memerlukan sokongan daripada semua pihak, terutama keluarga saya, isteri saya, ibu-bapa saya.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram