Ads
Safuwan Baharudin: Tiada Siapa Mahu Ke Final Untuk Kalah
Piala FA
Selangor FC

Kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui pasukan gergasi Lembah Klang itu berdepan tugas sukar menjelang aksi final Piala FA 2024.

Advertisements

Selangor mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan Terengganu FC dengan keputusan agregat 6-4 di peringkat separuh akhir.

Advertisements

Meskipun begitu, lawan yang menanti mereka di final ialah juara liga 10 kali, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Pasukan itu memiliki rekod baik dengan Merah Kuning sejak beberapa tahun yang lalu.

Advertisements
Advertisements

Musim 2023 saja menyaksikan Selangor tewas tiga kali kepada pasukan selatan tanah air itu. Ini termasuk kekalahan 4-0 di tangan Harimau Selatan di peringkat separuh akhir Piala FA musim berkenaan.

Safuwan mengakui bukan mudah berhadapan dengan JDT lebih-lebih lagi dengan mengambil kira rekod pertemuan sebelumnya.

Advertisements

Pada masa sama, pemain pertahanan berusia 32 tahun itu turut menyatakan Selangor bersedia menunjukkan prestasi terbaik apabila kedua-dua pasukan bertemu nanti.

“Macam jurulatih (Nidzam Jamil) kata, perlawanan ini sukar. Tapi tiada sesiapa mahu datang (ke final) untuk kalah. Jadi, pada akhirnya, kita ada sasaran kita sendiri. Motivasi untuk diri sendiri sangat tinggi,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan final Piala FA 2024.

Advertisements

Safuwan bukan asing dengan kejayaan Piala FA kerana pernah mengecapinya pada 2015 dan 2018. Pengalaman itu dijangka dimanfaatkan apabila Merah Kuning berentap dengan Harimau Selatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 24 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram