Safwan Mazlan Akui Kehebatan Arif Aiman
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Pertahanan muda Terengganu, Safwan Mazlan mengakui Arif Aiman merupakan seorang pemain yang berbahaya diatas padang.

Arif Aiman memainkan peranan penting dalam menoktahkan kemenangan JDT ke atas Terengganu apabila terlibat dalam gol kedua dan ketiga.

Malah, pemain sayap lincah itu turut muncul pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia setelah melakukan bantuan jaringan kepada Feroz Baharudin dan menyempurnakan sepakan penalti buat JDT.

Advertisements

Safwan Mazlan yang digandingkan bersama Shahrul Nizam dibahagian pertahanan tengah berjaya mempamerkan aksi cemerlang menyekat kelincahan pemain JDT itu terutama pada babak pertama perlawanan.

“Bagi saya, Arif Aiman (walaupun) dia seorang yang muda, dia sudah berpengalaman keranan telah bermain dalam banyak perlawanan termasuk ACL. Pasti bagi Arif agak mudah untuk menembusi gawang Terengganu. Bagi saya pula, saya kena jaga dia dengan lebih baik.” Ujar Safwan selepas tamat perlawanan.

“Untuk saya, jurulatih Tomislav Steinbruckner memilih pemain muda kerana percaya boleh beri yang terbaik pada tahun ini. Apa yang saya kurang sebagai pemain muda, saya akan cuba tambah.” Katanya lagi.

Advertisements

Safwan Mazlan kini semakin mendapat tempat dihati ketua jurulatih Terengganu apabila merekodkan 17 penampilan liga bersama Terengganu musim ini dan turut berada dalam kesebelasan utama dalam aksi akhir Piala Malaysia menentang JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram