Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Nilai pasaran pertahanan muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin kini dilaporkan meningkat dengan begitu mendadak baru-baru ini.

Advertisements

Pemain kelahiran Kota Tinggi, Johor itu kini mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Hector Bidoglio.

Advertisements

Beliau juga menjadi tunjang utama di barisan pertahanan selain beraksi dalam beberapa perlawanan penting termasuklah dalam aksi di pentas final Piala Malaysia tempoh hari.

Advertisements

Advertisements

Pertahanan tinggi lampai ini juga diberi peluang untuk turun menentang gergasi Jerman, Borussia Dortmund dalam satu aksi persahabatan semalam.

Aksi konsisten pemain berusia 22 tahun ini telah membuahkan hasil apabila nilai pasarannya dilaporkan meningkat sebanyak 100% pada tahun ini.

Advertisements

Menerusi laporan oleh Transfermarkt, nilai pemain ini pada bulan Mei yang lalu adalah sekitar €50K iaitu bersamaan dengan RM225,425.

Kini, Feroz mencatatkan ‘saham’ sebanyak RM 450,850 bersamaan dengan €100K sekaligus mencatatkan peningkatan yang begitu ketara.

Advertisements

Beliau dijangka akan terus mengemudi pertananan pasukan tatkala kecederaan pemain seperti Shane Lowry telah membuka ruang buatnya memperoleh minit permainan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram