Saifuddin Bingung Dengan Dakwaan Curran Ferns

saifuddin abu bakar fa malaysia Saifuddin Bingung Dengan Dakwaan Curran Ferns
FA Malaysia
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar menyangkal kenyataan pemain kacukan negara, Curran Ferns yang sebelum ini mendakwa badan induk itu mudah ditipu oleh pemain import yang cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Saifuddin menjelaskan FAM bukanlah entiti yang meluluskan status naturalisasi, sebaliknya pihak kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menguruskan hal tersebur.

“Bukan kita yang luluskan permohonan naturalisasi, tetapi pihak kerajaan menerusi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).”

“Yang bagi status ini JPN, jadi bermakna dia kena ikutlah perlembagaan negara, sama ada mak dia orang Malaysia atau bapa dia orang Malaysia dan sebagainya. Dari segi kerakyatan, ini bukan FAM yang kemukakan, ia di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menyokong, bukan kita.”

“Semua ini di bawah kerajaan, FAM tiada berkaitan mengenai perkara ini.

Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan bahawa pihaknya tidak menghalang mana-mana kelab yang berminat untuk menaturalisasikan pemain ketika ini. FAM tidak akan campur tangan dalam urusan natruralisasi pemain oleh kelab.

“Terpulang kepada FA dan kelab seperti mana pernah dimaklumkan oleh Presiden FAM yang kelab boleh buat naturalisasi, tetapi FAM tak buat lagi. Kalau kelab fikir yang pemain itu layak atau pemain itu boleh untuk naturalisasi, mengapa tidak. Cuma FAM tak ada campur tangan dalam hal ini,” kata Saiduddin kepada Harian Metro.