Saingan AFC B-17 Di Thailand Bakal Tertangguh Kerana Konsert BLACKPINK
Asia Tenggara
MakanBola
@villainpinks
Advertisements

Bukan sekali penyokong Thailand berang apabila stadium keramat mereka, Stadium Rajamangala tidak dapat digunakan akibat konsert artis antarabangsa. Dan terbaru, sebarang usaha menganjurkan Kejohanan AFC Bawah 17 Tahun (B-17) di stadium berkenaan terpaksa dibatalkan akibat penganjuran konsert kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK.

Ini selepas BLACKPINK mengumumkan rancangan mengadakan konsert di Stadium Rajamangala pada 27 dan 28 Mei ini. Konsert tersebut dikenali dengan nama BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] BANGKOK ENCORE.

Advertisements

Tetapi pengumuman ini mengganggu usaha Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) yang merancang mengadakan Kejohanan AFC B-17 di stadium dua minggu selepas itu.

Advertisements

Ini disebabkan Thailand menjadi tuan rumah baru selepas tuan rumah asal, Bahrain menarik diri sebagai tuan rumah kejohanan.

Difahamkan dua stadium dikenalpasti sebagai stadium alternatif iaitu Stadium Thammasat dan Stadium Chonburi UTA.

Advertisements

Ini bukan kali pertama permukaan padang Stadium Rajamangala rosak akibat konsert artis antarabangsa. Penganjuran perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF 2022 Thailand di stadium berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Thammasat selepas permukaan padang rosak teruk akibat konsert kumpulan pop Maroon 5.

Atas sebab itu, penyokong Thailand memahami kemarahan penyokong Malaysia dengan penganjuran konsert artis Taiwan terkenal, Jay Chou. Akibat konsert tersebut, peruntukan tiket separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikurangkan.

Advertisements

Kejohanan AFC B-17 menampilkan 16 negara iaitu tuan rumah Thailand, Malaysia, Qatar, Arab Saudi, Jepun, Australia, Yaman, Vietnam, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, China, Afghanistan, India dan Laos.

Pasukan yang layak ke separuh akhir bakal mendapat slot kelayakan automatik ke Piala Dunia B-17 di Peru.

Advertisements