SAM Sedia Adakan Forum Antara Pemilik Kelab Di Malaysia
Liga Super
@HRHJohorII
Advertisements

Dalam satu ciapannya di Twitter semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berpandangan satu forum terbuka antara pemilik pasukan dengan penyokong patut diwujudkan. Atas sebab itulah, Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) bersedia menjadi pengelola forum pemilik-pemilik kelab di Malaysia.

Hal ini dinyatakan oleh personaliti Astro Arena, Hafizal Hamad dalam satu ciapannya di Twitter hari ini.

Tunku Ismail melihat forum sebegini membolehkan para penyokong bersemuka dan mengemukakan pelbagai soalan berkenaan pasukan mereka tanpa sebarang halangan protokol.

Advertisements

Dalam forum ini, pemilik pasukan atau CEO perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan fakta dan bukti yang kukuh. Ini membolehkan para penyokong lebih arif dengan situasi yang dihadapi pasukan-pasukan kesayangan mereka termasuk dari segi kewangan.

Ini sekaligus menghentikan semua dakwaan liar yang dilemparkan terhadap kelab terutama di media sosial. Tetapi seperti mana yang dinyatakan baginda, adakah ada kelab sedia tampil ke depan dan berani melakukannya? Pada akhirnya, bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram