Sanrawat Dechmitr Taruhan Terbaru Kedah

sanrawat Sanrawat Dechmitr Taruhan Terbaru Kedah
Foto: kedah darul aman fc
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Bekas pemain tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr sah sertai Kedah secara pinjaman sehingga hujung musim saingan Liga Super 2022.

Kehadiran Sanrawat di Kedah adalah untuk mengisi kekosongan slot Asean menggantikan Dennis Buschening yang kini masih dalam fasa pemulihan daripada kecederaan. 

Advertisements

Memetik laporan daripada laman rasmi Kedah Darul Aman FC, pemain berusia 32 tahun ini mempunyai pengalaman yang luas dalam aksi antarabangsa dan juga merupakan pemain utama Bangkok United FC.

Difahamkan, bekas pemain Ratchaburi Mitr Phol ini bakal menjadi tonggak utama pasukan Kedah bagi saingan Piala AFC yang akan bermula hujung bulan ini.

Advertisements