Sanusi Belum Habis Lagi
Dunia
IG muhammadsanusimdnor_official
Advertisements

Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dilihat masih konsisten mengulas berkenaan status penyerang skuad kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad.

Seperti yang sedia maklum, Syafiq Ahmad telah kembali ke pangkuan kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mengharungi sembilan perlawanan bersama Kedah Darul Aman FC.

Sanusi di laman Facebook miliknya hari ini telah memuat naik satu tangkap layar ciapan pengguna di Twitter iaitu @kejar_bola. Sanusi membuat hantaran tersebut dengan satu caption “Pinjam sat Kejar Bola.”

Advertisements

Dalam ciapan tersebut, Kejar Bola telah mengeluarkan statistik minit permainan Syafiq Ahmad ketika dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC sepanjang awal musim ini.

Setakat 9 perlawanan, Syafiq Ahmad telah berjaya mencatatkan sebanyak 709 minit permainan. Aksi beliau di KDA FC itu telah memintas keseluruhan minit permainan liga selama empat musim buat Syafiq ketika bersama JDT.

Ramai dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengharapkan sekembalinya Syafiq ke JDT, beliau diberi peluang untuk kembali beraksi. Ini turut menjadi peluang terbaik buat Syafiq beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram