Sanusi: Depa Dekat ‘Singapura’ Koyak, Tak Sepak Tiang Bendera

sanusi jatuh Sanusi: Depa Dekat 'Singapura' Koyak, Tak Sepak Tiang Bendera
Foto: Farhan Najmi
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Presiden Kedah FA, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan berkenaan gambar beliau melakukan pendaratan rugbi ‘tertomoih’ yang ditularkan beberapa halaman media sosial sebelum ini.

Menurutnya, hal itu hanya gurauan bersama rakan-rakan ketika bermain dan beliau berasa geli hati apabila terdapat sekumpulan orang yang ‘membahannya’ di media sosial dan menyebut ‘tertomoih’.

Advertisements
Farhan Najmi

“Ceritanya macam ini, saja la buat pendaratan sambil aksi guling-guling. Bukan senang nak buat pendaratan dalam perlawanan rugbi, dah ada peluang ni, aksi kena lebih sikit la.

“Main syok-syok sambil gelak dengan kawan-kawan ja pun. Sengaja buat macam ni pun mereka yang dekat Singapura sana ‘koyak’ juga, mana ada sepak tiang bendera pun, apa punya orang.” Jelasnya di Facebook.

Advertisements

Sanusi juga anggap sukan rugbi ini memang begitu di mana luka dan kecederaan adalah perkara biasa dan percaya admin yang memuat naik gambarnya terjatuh sebagai koyak dan belum makan ubat.

Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang kini menjangkau umur 48 tahun terkenal dengan ‘permainan’ media sosialnya dan kerap kali mengundang gelak tawa orang ramai.

Advertisements