Sanusi: Kan Semua Seronok JDT Kalah, Kalau JDT Menang Orang Tak Heran Pun
Dunia
MALAYSIA DATELINE
Advertisements

Dalam satu majlis di Mesir, Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah tampil memberi komentar berkaitan pasukan gergasi selatan, Johor Darul Ta’zim yang tewas kepada KL City FC pada pentas akhir Piala Malaysia 2021 semalam.

Menteri Besar Kedah, YAB Sanusi berkata sedemikian di Majlis Kebajikan Keluarga Kedah 2021. YAB Sanusi dan Delegasi Kerajaan Negeri Kedah telah berkunjung ke Mesir bagi sesi beramah mesra bersama anak-anak Kedah di Mesir.

Sebelum Sanusi berucap panjang, beliau sempat memberi empat rangkap pantun. Pantun itu sekaligus menceriakan dan menghangatkan suasana dewan.

Advertisements

“Anak-anak yang dikasihi sekalian, saya ada pantun. Satgi saya takut saya lupa. Dari Kedah ke Singapura, singgah di KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola.”

Presiden Kedah FA itu turut menjelaskan bahawa ramai dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang gembira atas kejayaan KL City FC semalam. Menurutnya jika JDT kalah, ramai juga orang yang suka.

“Kan semua orang seronok kalau JDT kalah. Kalau JDT menang orang tak heran pun kan, kalau kalah orang suka,” ujar Sanusi.

Advertisements

KL City FC dalam pada itu berjaya menamatkan penantian 32 tahun, menjulang trofi berprestij Piala Malaysia. Kejayaan KL City FC pada pentas final semalam sekaligus menjadi pembakar semangat buat skuad kendalian Bojan Hodak beraksi dengan lebih cemerlang dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram