Sarawak United Lancar Jersi Away Reka Bentuk Luar Biasa
Liga M3
Sarawak United FC
Advertisements

Dengan saingan Liga M3 sudah bermula, Sarawak United tidak ketinggalan memperkenal jersi away mereka untuk sepanjang musim. Sebaik ia didedahkan kepada para penyokong hari ini, ramai teruja melihat reka bentuk jersi mereka yang luar biasa.

Jersi ini dianggap berbeza kerana menggunakan warna hitam dan merah. Warna merah digunakan untuk corak garis halus yang membentuk belang jersi.

Pada setiap ruang garisan, terdapat motif pua kumbu yang sinonim dengan kebudayaan tradisional rakyat Sarawak. Ini secara tidak langsung memperlihatkan Sarawak United sebagai wakil negeri itu dalam saingan Liga M3.

Advertisements

Buat masa ini, kelab tidak mendedahkan bila jersi ini bakal dijual. Tetapi melihat reka bentuk yang lain dari yang lain, ramai penyokong The Golden Hornbills sudah tidak sabar untuk mendapatkannya.

Jersi ini bakal dilihat buat kali pertama dalam perlawanan Liga M3 membabitkan Harini FT menentang Sarawak United di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram