Sarawak United Perlu Lunas Tunggakan Gaji B. Sathianathan
Liga M3
Astro Arena
Advertisements

Bukan sekali Sarawak United terpalit dengan isu tunggakan gaji membabitkan bekas pemain dan bekas jurulatih mereka. Dan terbaru, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan The Golden Hornbill melunaskan tunggakan gaji membabitkan bekas jurulatih mereka, B. Sathianathan untuk tempoh lima bulan.

Hal ini didedahkan sendiri oleh bekas jurulatih Harimau Malaya itu. Walaupun tidak mendedahkan jumlah sebenar tunggakan, Sathianathan menyifatkan ia sebagai permulaan menuntut hak daripada kelab berkenaan.

“Baru-baru ini, Jawatankuasa Status FAM sudah bermesyuarat dan memutuskan pihak Sarawak United perlu membayar segala tunggakan gaji ketika saya bersama pasukan itu.

Advertisements

“Tunggakan itu bukanlah pengakhiran kerana hanya permulaan kepada tuntutan lain yang masih lagi dalam perbincangan untuk diselesaikan.

“Saya tidak tahu mereka boleh bayar atau tidak. Namun, apabila keputusan sudah dikeluarkan, mereka perlu melunaskannya,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Difahamkan, The Golden Hornbill bukan saja gagal melunaskan tunggakan gaji beliau tetapi turut berhutang kos lain termasuk kos rawatan hospital. Sathianathan sebelum ini terpaksa meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan pada Jun tahun lepas akibat sebab kesihatan.

Advertisements

Walaupun bersedia memberi masa kepada majikan lamanya untuk melunaskan tunggakan gaji beliau, itu bukan bermakna Sathianathan akan berdiam diri. Sebaliknya, bekas jurulatih Selangor itu bersedia mengambil tindakan susulan sekiranya Sarawak United masih enggan melunaskan tunggakan berkenaan.

“Saya beri masa kepada Sarawak United untuk membuat pembayaran seperti diarahkan jawatankuasa itu namun tidak akan duduk diam jika mereka gagal melunaskan dalam tempoh yang ditetapkan,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram