Dunia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengugurkan calon jurulatih dari Sepanyol, Juan Carlos Margo sebagai pengendali Sarawak United selepas kegagalan dalam tiga perlawanan pra musim yang dilalui setakat ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden FAS, Dato’ Posa Majais yang menganggap Margo tidak mencapai KPI yang ditetapkan oleh FAS walaupun sekadar perlawanan pra musim selepas Sarawak United tewas semua tiga perlawanan persahabatan setakat ini.

Bekas jurulatih akademi kelab La Liga, Valencia itu turut difahamkan belum ditawarkan sebarang kontrak oleh FAS kerana persatuan masih dalam proses untuk mengujinya dan ternyata beliau gagal untuk membimbing pasukan.

Advertisements
Juan Carlos Margo Olivia 2 Sarawak United Gugurkan Jurulatih Sepanyol Selepas 3 Perlawanan Persahabatan
Magro sebelah kiri

“Kita terpaksa melakukan tindakan drastik dengan menyingkirkan beliau (Juan Carlos Magro) serta-merta,” kata Dato’ Posa.

“Beliau gagal menepati kriteria diinginkan, paling mengecewakan apabila menyaksikan pasukan yang masih dalam pembikinan tewas kesemua tiga perlawanan persahabatan sebelum ini.”

Menurut Posa lagi langkah drastik tersebut terpaksa diambil kerana enggan melihat Sarawak United terus menerus mengalami keputusan merudum apabila beraksi dalam Liga Premier 2020 yang bakal bermula 28 Februari ini.

Advertisements
Tewas buat kali ketiga berturut-turut telah menimbulkan kegusaran para penyokong

Nasib sama turut dihadapi oleh semua calon pemain import yang diberi peluang menyertai siri jelajah ke Semenanjung setakat ini.

“Kita juga tidak berminat untuk menawarkan sebarang kontrak kepada semua calon pemain import yang ada bersama pasukan sebelum ini,” tambah beliau.

Mengenai calon Ketua Jurulatih baharu, Posa turut berkata beliau sudah mengenal pasti calon yang sesuai, namun masih enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Advertisements

Sarawak United jelas mempunyai KPI dan sasaran tinggi pada musim akan datang berdasarkan tindakan drastik ini.

Latihan dan perlawanan pra musim kebiasaannya digunakan oleh jurulatih untuk mengenal pemain, menguji keserasian pemain dan menerapkan falsafah permainan ke dalam pasukan.

Jarang dan janggal sekali ia dianggap sebagai pencapaian keseluruhan pasukan. Apatah lagi sebagai KPI seseorang jurulatih.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram