Sasaran Melangit, Persiapan Malaysia U19 Dipersoalkan
Dunia
FAM
Advertisements

Kegagalan pasukan Malaysia Bawah 19 (B-19) untuk mara ke Piala Asia Bawah 20 (B-20) tahun hadapan jelas sekali mencetuskan seribu persoalan.

Manakan tidak, sasaran yang diletakkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas skuad kendalian Hassan Sazali Waras ini ternyata tinggi iaitu untuk layak ke Piala Dunia Bawah 20 Tahun.

Sebelum berlepas ke Mongolia untuk Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun tempoh hari, pengendali skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras meletakkan sasaran untuk mengutip sekurang-kurangnya 7 mata bagi mencerahkan peluang untuk layak ke Piala Asia B-20.

Advertisements

Namun segalanya tidak menjadi kenyataan apabila skuad negara hanya mampu mengutip 4 mata sahaja. Selepas gagal layak ke Piala Asia B-20, para penyokong kini mempersoalkan persediaan ala kadar yang disediakan untuk skuad B-19 negara itu.

Mereka hanya melalui satu perlawanan persahabatan sahaja sebelum kempen kelayakan di Mongolia iaitu dengan menentang pasukan Skuad Projek FAM-MSN.

Segelintir para penyokong merasakan agak pelik selepas melihat sasaran yang diletakkan untuk skuad muda negara itu tidak seimbang dengan persiapan pasukan menjelang kempen kelayakan.

Advertisements

Diharapakan ianya akan menjadi pengajaran pada masa akan datang supaya kita sentiasa membuat persediaan terbaik agar mencapai objektif yang ditetapkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram