Satu lagi figura bola sepak terkenal di Asia dijangka bakal diumumkan oleh Harimau Malaya.
Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya mengumumkan berita mengenai bekas kapten Australia, Mark Milligan.
Jurulatih berusia 39 tahun itu dilantik selaku penolong ketua jurulatih Harimau Malaya dan bakal menjadi orang penting dalam revolusi skuad kebangsaan hasil sentuhan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Barisan kejurulatih Harimau Malaya dijangka tidak berakhir di situ selepas seorang lagi figura hebat dijangka membarisi barisan kejurulatihan negara.
Individu ini dijangka bakal menyuntik elemen baharu ke dalam skuad kebangsaan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia 2027.
Jurulatih berusia 52 tahun ini memiliki pengalaman luas dalam kancah bola sepak Asia termasuklah pernah berkhidmat bersama skuad kebangsaan sebuah negara 30 terbaik dunia ranking FIFA.
Malaysia akan membuka tirai aksi menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini dalam misi untuk menempah tiket ke Arab Saudi.