“Satu Mata Pun Dah OK” – Nafuzi Zain
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain berpandangan satu mata dilihat hasil terbaik bila mereka turun menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman esok.

Ini kerana berdasarkan kekuatan pasukan itu, Harimau Selatan kini beraksi pada tahap tersendiri. Dengan 108 gol dijaringkan dalam Liga Malaysia (Liga M) setakat ini dan merekodkan kemenangan 100% dalam liga, JDT kelihatan sukar dicabar.

Justeru, Nafuzi melihat satu mata sebagai hasil yang realistik. Ini sekurang-kurangnya akan membantu Kedah merapatkan kedudukan dengan Selangor FC yang menduduki tangga kedua liga.

Advertisements

“Bagi saya, kalau dengan JDT ini, satu mata ialah satu keputusan yang baik. Kita tidak kehilangan mata, kita still (masih) dapat mata. Apapun, kita akan mencuba mendapatkan tiga mata. Tak dapat, satu mata pun dah OK dah,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Sentimen bekas pengendali Terengganu FC itu turut dikongsi oleh pemain pertahanan Sang Kenari, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman. Seperti Nafuzi, beliau melihat satu mata realistik dengan melihat kekuatan yang dimiliki pasukan pelawat.

Advertisements

“Saya kalau boleh bukan saya saja, semua pemain pun ingin kemenangan atau keputusan seri untuk sekat JDT. Dan kita akan cuba. Kalau kita tak boleh menang pun, sekurang-kurangnya seri dengan JDT,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Sekiranya Selangor meraih kemenangan ke atas Kelantan FC dalam aksi Liga Super malam ini, Harimau Selatan perlu meraih kemenangan atau seri dengan Sang Kenari esok.

Advertisements

Ini bagi memastikan mereka dapat menjulang Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut – satu perkara yang mahu disekat oleh Nafuzi dan pasukan Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram