Ads
“Saya Datang Sini Bukan Hanya Untuk Berlatih” – Engku Shakir
Harimau Malaya
FA Malaysia

Pemain tengah Terengganu, Engku Shakir menjelaskan kehadirannya ke kem latihan kebangsaan adalah untuk mencuri tempat di dalam pasukan dan bukannya hanya sekadar turun berlatih.

Advertisements

Beliau yang ditemui ketika hari kedua sesi latihan skuad negara di Wisma FAM akui terkejut apabila namanya disenaraikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan bersyukur kerana terpilih sebagai antara 26 pemain ke kem latihan.

Advertisements

”Terkejut itu ada sebab kita tahu ramai pemain yang bagus-bagus di sini tetapi saya terpilih, jadi saya bersyukur,” katanya kepada pihak media.

Advertisements
Advertisements

Tambahnya lagi, kehadiran beliau bersama skuad kebangsaan bukan hanya untuk berlatih sahaja, malah pemain berusia 26 tahun ini juga memasang impian untuk mencuri tempat dalam senarai akhir ke Kyrgyzstan nanti.

”Ya, saya datang ke sini memang bukan untuk berlatih sahaja, niat saya datang ke sini (latihan kebangsaan) saya nak ikut pasukan untuk ke Kyrgyzstan,” ujar pemain kelahiran Terengganu itu lagi.

Advertisements

Sedar dengan krisis kecederaan yang membelenggu skuad negara, Engku Shakir tetap bersedia memberikan aksi terbaik sekiranya dipilih untuk mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan pemain yang mengalami kecederaan.

”Posisi kegemaran saya di bahagian serangan, mana-mana (posisi) jurulatih letak, saya akan bermain (bersungguh-sungguh) dan sekiranya jurulatih letak di posisi (tersebut), saya sentiasa bersedia (mengisi kekosongan).”

Skuad Harimau Malaya kini sedang giat menjalani latihan bagi menghadapi aksi seterusnya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei awal bulan hadapan.

Advertisements

Pasukan kebangsaan akan terbang ke Bishkek untuk perlawanan kelima kumpulan menentang Kyrgyzstan pada 6 Mei sebelum pulang ke Kuala Lumpur bagi menutup saingan kumpulan berdepan Chinese Taipei pada 11 Mei

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram