“Saya Gembira Jika Dapat Melihat 37 Juta Rakyat Malaysia Tersenyum” – Giancarlo Gallifuoco
Harimau Malaya
KL City FC
Advertisements

Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui telah menyimpan hasrat untuk beraksi bersama Harimau Malaya suatu hari nanti.

Pemain berusia 29 tahun itu sudah pun memasuki tahun ketiganya bersama The City Boys dan mengakui menikmati kehidupan yang indah sejak tiba di Kuala Lumpur.

Bekas pertahanan Tottenham Hotspur ini menjelaskan dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, beliau sememangnya mahu kekal lebih lama di Malaysia.

Advertisements

“Bagi saya ia satu impian yang menjadi kenyataan apabila penyokong bersorak nama saya walaupun ketika saya keluar di Mid Valley.”

Beliau juga kini berusaha untuk menpelajari bahasa Melayu untuk menzahirkan rasa cintanya buat Malaysia.

“Saya rasa disambut dengan baik sejak saya tiba di sini. Saya ada dua tahun yang indah di sini, memenangi Piala Malaysia dan menjadi naib juara Piala AFC.”

Advertisements

“Saya pergi ke stadium dan melihat 5-10 ribu penyokong Malaysia tersenyum dan alangkah beruntungnya saya sekiranya saya dapat melakukan itu ketika menyarung jersi Malaysia dan membuat rakyat Malaysia tersenyum,” jelasnya kepada Astro Arena.

Giancarlo juga sememangnya merupakan antara pertahanan import terbaik sejak tiba di Malaysia dengan kudratnya terus ditagih ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram