“Saya Jadi Lebih Baik Lepas Sertai Harimau Malaya” – Dion Cools
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengalaman mewakili Harimau Malaya bukan sekadar satu penghormatan. Tetapi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa menjadikan seseorang pemain itu lebih baik di atas mahupun di luar padang – fakta yang diakui bek tengah skuad kebangsaan, Dion Cools.

Kini beraksi bersama Buriram United di Thailand, Cools mengakui selepas menerima panggilan skuad kebangsaan, ia menjadikan beliau lebih matang sebagai pemain. Ini kerana pengalaman bersama skuad negara sama sekali berbeza dengan pengalaman beraksi di peringkat kelab.

“Saya fikir ya, terdapat banyak tanggungjawab yang perlu digalas bila beraksi untuk Malaysia dalam pelbagai cara.

Advertisements

“Anda merasai pengalaman baru, pengalaman yang tidak boleh diperolehi bersama kelab bola sepak. Jadi, itu menjadikan saya lebih matang daripada semua perlawanan ini. Jadi, ya, ia satu pengalaman positif,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan persahabatan Malaysia-Turkmenistan hari ini.

Cools yang mencatat 13 penampilan bersama Harimau Malaya turut berharap pengalaman beraksi di luar negara dapat membantu rakan-rakan sepasukannya di atas padang. Dengan Turkmenistan turun di bawah jurulatih Mergen Orazov, pastinya dia mahu skuad kebangsaan merekodkan kemenangan ke atas lawan mereka itu esok.

“Jadi, dari satu segi, saya harap ia dapat membantu pasukan dari segi taktikal. Tapi yang paling penting, saya menggunakan pengalaman yang dimiliki sepanjang karier saya untuk membantu pasukan. Jadi, sedikit bantuan (daripada saya) mampu membantu pasukan,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram