“Saya Mahu Kekal Bimbing Malaysia” – Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali Korea Selatan, Kim Pan-gon menyatakan keinginan untuk kekal membimbing skuad senior Malaysia.

Aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Malaysia hanya mampu meraih kemenangan 3-1 ke atas Chinese Taipei.

Ini menyebabkan skuad negara memiliki peluang tipis untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan kerana Kyrgyzstan masih memiliki kelebihan jaringan.

Advertisements

Atas sebab itu, Harimau Malaya mengharapkan Oman meraih kemenangan besar sekurang-kurangnya tujuh gol ke atas Kyrgyzstan dalam satu lagi aksi kumpulan.

Pan-gon mengakui ini bukanlah pengakhiran yang dimahukan beliau. Pada masa sama, beliau melihat dirinya masih berupaya membawa Harimau Malaya lebih ke hadapan.

Advertisements

Atas sebab itu, jurulatih Korea Selatan berharap khidmatnya dapat dikekalkan untuk membimbing pasukan itu mengharungi kejohanan antarabangsa termasuk pusingan kelayakan Piala Asia 2027.

“Tidak, itu bukan yang saya mahu. Saya mahu kekal di sini, saya mahu kekal di sini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam selepas tamat perlawanan Malaysia-Chinese Taipei.

Advertisements

Kemenangan ini menyaksikan Malaysia menutup kempen Kumpulan C dengan 10 mata daripada enam perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram